Friday, 9 December 2011

Kenyataan2 pakar...


"Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik."

Prof.Dr.Mary G.Enig Director, Nutritional Science Division,Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue500 Silver Spring, MD 20904-2633 U.S.

“Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”
Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)


“Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”. 
Dr. John J. Kabara (Universiti Michigan –USA)


“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”. 
Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition) 

Saturday, 3 December 2011

Tips2 nak chhanntekk...





Nak cantik tak semudah ABC..Kita mesti ambil kira dari semua aspek,tapi paling penting kecantikan mesti bermula dari dalam diri kita sendiri..if luar je cantik tapi dalam tak cantik pun tak guna jugak kan...bila dalam dah cantik secara tak langsung luaran pun orang akan nampak cantik,perfect je..;-)

Jom layan antara tips2 kecantikan dalaman...

MESTI BANYAK MINUM AIR..
 minum..minum... dan minum! 
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh,
tapi air suam atau air mineral!
Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,
menjaga kesihatan kulit dan juga 
membantu membakar kalori dalam badan. So,apa saja vitamin
mahupun collagen yang kita ambil, akan lebih mudah diserap oleh badan kita...


EXCERSICE uols...malas kan..;p
Bersenam ! 
Baik utk kesihatan..elok utk rohani! 
Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! 
Jgn malas utk bersenam...bangun je tidur, 
cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah..

STOP SMOKING plss...
Jangan merokok!!!
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. 
Semua orang tahu tapi still nak sedut jugak rokok tu kann..
Nak kuruskan badan?? 
Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, so kuruslah!
Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan...


TIDUR SECUKUPNYA...
Make sure waktu malam adalah waktu untuk anda tidur k..at least 6-8jam.
Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tau. 
Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?
Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata akan jadi lebam
tak chantekk uolzs...
MAKE UP FREE...

Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. 
Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika hendak tidur. 
Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...
cukuplah dgn wajah yg bersih dan suci..



MAKANAN SEIMBANG
Makan secukupnya tapi jangan pula berlebihan. 
Jgn sebab nak kurus,rela berlapar setiap hari.
Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan 
tetapi jeling-jelinglah makanan anda. 
Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata. 
Seimbangkan menu makan harian korang...
TREATMENT..
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun,
sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah!
Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.
Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga.
Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.Juga boleh dijadikan sebagai terapi diri..Pasti korang akan lebih tenang...



NO STRESS
Elakkan stress. 
Stress mempercepatkan proses penuaan. 
Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. 
HAPPY ALWAYS...
Don't worry, be happy.
Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!!
Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! 
Jangan pedulikan cakap2 orang..itu akan buat kita lebih stress...

LAUGH..
Ketawa penghibur duka
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.
Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam.
Anda hanya menambahkan kedutan di muka. 


So,inilah antara tip2 yang boleh saya kongsikan..insyaAllah boleh membantu kita untuk mendapatkan
kecantikkan yang sebenar benarnya..Cantik itu unik dam terlalu subjektif..different people different minded different opinions n different approach..
so mungkin cara saya tak sama dengan cara kamu,terpulang la apa cara sekalipun,yang penting akan dan boleh membawa kebaikan kepada kesihatan tubuh badan kita..semuanya datang dariNya...;-)
Yang penting VCO haruzz la ada sebagai makanan tambahan
selain daripada tips2 diatas bagi menjamin kesihatan tubuh badan yang berpanjangan..insyaAllah

Ada apa2 kita 'hupdate' lagi yerr...hehe
bubbyyeee..
LOVE ~~ FMK~~~